Sunday, 19 February 2012

غزوة تبوك



Perang Tabuk merupakan salah satu peristiwa peperangan dalam Islam. Dalam sejarah Islam, peperangan ini merupakan skop peperangan terakhir bagi Nabi Muhammad s.a.w Perang ini telah berlaku pada bulan Rejab ketika tahun ke-9 Hijrah (Oktober 631 M). Keadaan cuaca pada ketika itu adalah terlalu panas terik dan tempat berlakunya peperangan itu, Tabuk merupakan destinasi padang pasir yang terlalu jauh menyukar para musafir.


Sebab berlakunya Perang Tabuk


Empayar Rom merupakan sebuah kerajaan yang besar dan kuat ketika itu dan selalu mencapai kemenangan apabila berperang. Akibat kekuatan tentera Rom yang semakin kuat dan gagah, Maharaja Rom ketika itu berasa mereka perlu mengembangkan pengaruhya sehingga ke negeri-negeri Arab. Disamping itu mereka mendapat khabar yang memberitakan sebuah kerajaan baru yang digelar Islam sedang mula meluaskan sayapnya di seluruh tanah Arab. Lalu Maharaja Rom berhasrat besar untuk menyerang wilayah-wilayah yang dikuasai oleh Muhammad ketika itu. Rasulullah telah mendapat berita berkenaan keinginan Maharaja Rom itu. Kaum Islam ketika itu tidak berhasrat sama sekali untuk mengadakan pertempuran dengan kerajaan Rom kerana mereka berhasrat untuk meneruskan kehidupan harmoni dan tenteram di bawah pemerintahan Rasulullah. Walau bagaimanapun kaum Muslimin perlulah bersiap sedia dalam menghadapi apa-apa propaganda dari musuh Islam.

Peristiwa sebelum peperangan

Kaum Islam telah membuat perancangan yang drastik dan berhati-hati. Mereka bersepakat sekiranya Kerajaan Rom benar-benar bersedia untuk berperang dengan mereka, kaum Muslimin berhasrat untuk mengadakan pertempuran di luar kawasan suci kota Makkah dan Madinah. Akhirnya mereka bersedia menentang musuh di suatu kawasan padang pasir yang bernama Tabuk. Melalui permulaan peristiwa peperangan itu Allah telah menurunkan firmannya yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman,perangilah orang-orang kafir yang disekitar kamu itu,dan hendaklah mereka menemui kekerasan daripada kamu,dan ketahuilah bahawasanya Allah (Tuhan) beserta orang-orang yang bertaqwa." (Surah At-Taubah ayat:123)

Kaum Islam telah bersiap sedia dengan 30,000 bala tentera termasuk 10,000 dari angkatan berkuda. Pasukan besar ini telah dipimpin oleh Rasulullah sendiri. Dikhabarkan tentera Rom pula telah dipimpin oleh Panglima Satria Hercules.

Berita persiapan peperangan itu telah mendapat reaksi besar daripada masyarakat Arab di bawah pemerintahan Rasulullah. Seorang ketua kaum munafik Arab ketika itu yang bernama Abdullah bin Ubai telah meminta keizinan kepada Rasulullah untuk menyertai peperangan. Sebilangan dari kaum munafik tidak mahu menyertai peperangan dengan alasan cuaca yang terlalu panas yang mampu melemahkan mereka. Pada mulanya Rasulullah bersetuju untuk menerima permohanan Abdullah bin Ubai, namun Allah telah menegur perbuatan Rasulullah itu dengan menurunkan firmannya dalam Al-Quran yang bermaksud :-

"Orang yang ditinggalkan (tidak ikut ke medan perang) berasa gembira dengan tinggalnya mereka di belakang Rasulullah dan mereka tidak suka berjihad (menegakkan ajaran Allah) dengan harta dan jiwa mereka dalam jalan Allah, dan mereka berkata: Janganlah kamu berangkat(pergi berperang)dalam panas terik ini. Katakanlah(wahai Muhammad): Api neraka lebih panas, jika mereka mengetahui." (Surah At-Taubah,ayat:81)

Lalu Rasulullah tidak menerima permohonan kaum munafik untuk mengikuti peperangan.Telah menjadi suatu kebiasan bagi kaum beriman,untuk menanggung perbelanjaan perang dan membantu membantu modal kewangan masyarakat Islam bersama. Hartawan Islam terulung iaitu Uthman bin Affan telah mendermakan sebanyak 1,000 dinar untuk menanggung segala kos persiapan peperangan, kos senjata, ubat-ubatan dan makan serta minuman bagi angkatan tentera Islam.

Menuju ke Tabuk

Dalam perjalanan menuju ke Tabuk, orang Islam telah diuji oleh Allah dengan kekurangan air dan cuaca yang terlalu panas. Tentera Islam mengadukan hal ini kepada Muhammad Rasulullah, lalu sejurus itu Rasulullah berdoa kepada Allah. Lalu Allah memakbulkan permintaan Rasulnya dengan menurunkan hujan yang lebat sehinggakan orang Islam dapat minum dan mandi dengan sepuas-puasnya.

Peristiwa di Tabuk

Sesampai angkatan tentera Islam di Tabuk, Rasulullah bersama angkatan tetera Islam telah mengadakan 'perjanjian perdamaian' dengan penduduk di sekitar Tabuk, Rasulullah memberi jaminan keamanan kepada penduduk Tabuk, selagi mereka tidak menyebelahi musuh Islam dan memerangi dan berbuat jahat terhadap Islam. Setelah itu seorang penguasa Ilah (sebuah kawasan berdekatan Tabuk) yang bernama Yuhana bin Ru'bah datang meminta perdamaian bersama Rasulullah. Beliau sanggup membayar Jizyah. Kesanggupan menerima keselamatan dan bersedia membayar jizyah juga diterima baik oleh penduduk Jarba dan Azruh. Rasulullah juga turut menghantar surat tawaran tersebut kepada setiap kawasan di sekitar Tabuk.

Tujuan Rasulullah berbuat demikian bukan untuk memonopoli kekayaan penduduk Tabuk atau membuat kejahatan kepada mereka. Tetapi Rasulullah berbuat demikian untuk menguatkan benteng perpaduan dan pertahanan Islam, di samping menyampaikan dakwah Islamiyah serta menyekat pergerakan musuh supaya tidak menggunakan sempadan Syam sebagai pangkalan perang. Akhirnya semua kabilah Arab di Tabuk menerima tawaran Rasul itu dengan tangan terbuka.

Hasilnya kekuatan tentera Islam di Tabuk semakin utuh dan kental. Rasulullah berjaya menyekat kemaraan tentera Rom di bawah pimpinan Panglima Satria Hercules, hal ini disebabkan beberapa faktor yang besar antaranya:-

- Benteng wilayah Tabuk yang semakin kebal akibat kekuatan pihak Islam
- Tentera Islam berperang atas jalan Allah dan bukan semata-mata menguatkan pengaruh dan meluaskan    
   kuasa
- Bantuan tentera Allah melalui pengutusan Malaikat. Dikatakan semasa angkatan Rom ingin memasuki    
   wilayah Tabuk. Mereka telah digentarkan oleh Malaikat {dianggarkan sebanyak 100,000 malaikat} yang   
   menyamar sebagai panglima-panglima tentera Islam yang berpakaian serba putih, berbadan besar, sasa 
   dan tegap disamping mempunyai sut serta alatan tempur yang lengkap seperti angkatan berkuda dan 
   memanah.

Hal tersebut segera mematahkan perasan tentera Rom untuk memerangi Islam. Ini membuatkan pihak Islam menang besar tanpa menerima pertumpahan darah sedikit pun.

Kembali ke Madinah

Setelah segala-galanya selesai tentera Islam berjalan pulang ke Madinah dengan selamatnya tanpa seorang pun yang terkorban nyawa. Tentera Islam berada di Tabuk selama 20 hari.

Thursday, 2 February 2012

Perang Uhud - Sejarah Hitam Umat Islam



Penduduk musyrikin Makkah (Quraisy) malu besar atas kekalahan mereka di medan perang Badar. Saudagar saudagarnya tidak ada yang berani lagi pergi berdagang ke Syria, takut akan ditangkap orang Islam. Kalau keadaan itu berterusan, kota Makkah akan diserang bahaya kelaparan dan krisis ekonomi. Oleh kerana itu, maka berundinglah semua pembesar Quraisy untuk mendapatkan keputusan ini. Diputuskan bahawa semua keuntungan perdagangan di tahun itu akan dipergunakan untuk membentuk satu angkatan perang yang kuat.

Kerana Abu Jahal sudah meninggal, maka Abu Sufianlah yang diangkat menjadi Panglima Perang, yang akan memimpin tentera 3 000 orang jumlahnya. Di antara ketua pasukan mereka yang ternama ialah Safwan, anak dari Umaiyah bin Khalaf yang telah menyeksa Bilal, dan 'Ikrimah anak Abu Jahal. Selain itu, ikut serta pula memimpin tentera, seorang yang gagah berani, iaitu Khalid Ibnul-Walid. Kaum perempuan dengan dikepalai oleh Hindun (isteri Abu Sufian), dikerahkan untuk menghibur dan menguatkan semangat perang bagi tentera yang ramai itu, mereka turut ke medan perang memukul genderang.

Kerana musuh terlalu ramai, maka Nabi berniat akan bertahan dan menanti musuh dalam kota Madinah. Tetapi suara ramai, berdasarkan siasat perang menghendaki agar musuh diserang di medan perang. Nabi tunduk kepada keputusan orang ramai ini, sekalipun dalam hatinya terasa kurang tepat. Dalam hal yang tiada turun wahyu, Nabi selalu berbincang dengan orang ramai, dan keputusan mereka pasti dijalankan dengan tawakkal, ertinya berserah kepada Tuhan.

Nabi lalu masuk ke dalam rumah memakai pakaian besinya dan mengambil pedangnya. Baru Nabi keluar, ramai di antara sahabat yang telah mengusulkan untuk menyerang tadi, mencabut usul mereka kembali, kerana ternyata kepada mereka pendirian Nabi semulalah yang benar. Tetapi keputusan itu rupanya tidak dapat diubah lagi, kerana Nabi berkata: "Tidak, Kalau seorang Nabi telah memakai baju perangnya, dia tidak akan membukanya kembali sebelum perang selesai."

Tentera Islam hanya berjumlah seribu orang. Semuanya berjalan kaki, hanya dua orang saja berkuda. Ramai pula di antara mereka itu orang tua dan anak anak yang di bawah umur.

Sebelum matahari terbenam, mereka bertolak menuju ke bukit Uhud. Sesampainya di pinggir kota Madinah, tiba-tiba 600 orang Yahudi, pengikut-pengikut Abdullah bin Ubay, menyatakan hendak turut bertempur bersama sama dengan Nabi. Tapi Nabi sudah tahu akan maksud mereka yang tidak jujur, maka ditolaknya tawaran itu dengan berkata: "Cukup banyak pertolongan dari Tuhan."

Kerana penolakan ini, Abdullah bin Ubay malu, marah, lalu berusaha menakutkan kaum Muslimin, agar mereka jangan turut berperang; 300 orang kaum Muslimin dapat dihasut, sehingga kembali pulang ke Madinah; mereka inilah yang dinamakan kaum Munafik. Maka tinggallah Nabi dengan 700 orang tentera saja menghadapi musuh yang jumlahnya empat kali ganda itu.

Tanpa diketahui musuh, sampailah kaum Muslimin di bukit Uhud di waktu dinihari. Segera Nabi mengatur strategi perang. Bukit itu digunakan sebagai pelindung dari belakang, sedang dari sebelah kiri, dilindungi oleh bukit Ainain. Lima puluh orang diserahkan Nabi menjaga di celah bukit dari belakang dikepalai oleh Ibnuz-Zubair, dengan perintah bahawa mereka tidak boleh meninggalkan tempat itu, sekalipun apa juga yang akan terjadi.

Tiba-tiba kedengaranlah sorak gemuruh musuh dari bawah lembah. Mereka sudah melihat akan tentera Islam. Segera mereka bergerak maju, menyerang dengan formasi berbentuk bulan sabit, dipimpin oleh Khalid Ibnul-Walid sayap kanannya dan Ikrimah bin Abu Jahal sayap kirinya.

Seorang musuh menaiki unta mara kehadapan sampai tiga kali menentang tentera Islam. Pada kali ketiga, maka melompatlah Zubair sebagai harimau ke punggung unta itu. Musuh tadi dijatuhkannya ke tanah, lalu dibedah dadanya oleh Zubair dengan pisau. Abu Dujanah setelah meminjam pedang Nabi sendiri, lalu menyerbu ke tengah tengah musuh yang ramai itu. Pertempuran hebat berlaku dengan dahsyat.

Arta pemegang panji-panji/bendera musuh, mati dibunuh oleh Hamzah. Sibak yang menggantikan Arta segera berhadapan dan bertempur dengan Zubair. Setelah Sibak tewas muncul pula Jubair bin Mut'im menghadapi Hamzah, untuk membalas dendam kerana Hamzah telah dapat menewaskan bapa saudaranya di medan perang Badar dulu. Jubair takut berhadapan dengan Hamzah. Hanya diperintahkan hambanya Wahsyi, bangsa Habsyi, dengan perjanjian apabila budak ini dapat menewaskan Hamzah dia akan dimerdekakan.

Dengan menyeludup di balik belukar dari belakang Hamzah, dengan menggunakan tombak, Hamzah dapat ditikamnya sehingga syahid di saat itu juga.

Hamzah adalah pemegang panji-panji Islam di kala syahidnya itu. Panji panji itu segera diambil oleh Mus'ab bin 'Umair. Beliau pun tewas dan syahid di hadapan Nabi sendiri. Ali tampil menggantikannya. Sepantas kilat Ali dapat menetak leher musuhnya yang memegang panji-panji itu. Pertempuran hebat berkisar di sekitar panji-panji musuh yang sudah rebah ke tanah. Berpuluh-puluh musuh tewas di sekitar panji-panji itu, bersama dengan panji-panjinya. Barisan musuh mulai kucar kacir.

Melihat musuh lari tunggang-langgang, tentera yang seramai lima puluh orang yang diarah menjaga di atas bukit itu, lupa kepada kewajibannya. Mereka turut mengejar musuh yang lari meninggalkan tempat pertahanan mereka, kerana mengharapkan harta rampasan yang banyak, kepunyaan musuh yang lari itu. Dengan suara yang keras sampai serak, Ibnuz-Zubair menyuruh mereka kembali, tapi tidak dipedulikan sama-sekali.

Melihat tempat pertahanan yang strategik itu telah kosong tentera musuh yang lari dengan dipimpin oleh Khalid Ibnul-Walid itu, segera mengarah ke tempat pertahanan yang kosong itu. Dengan melalui celah bukit itu mereka menyerang tentera Islam dari belakang. Ibnuz-Zubair yang tetap bertahan seorang diri di situ, tewas diinjak oleh kuda kenderaan Khalid sendiri. Panji-panji Quraisy yang sudah jatuh ke bumi itu berkibar kembali dipegang oleh seorang perempuan Makkah, 'Umarah binti 'Alkamah namanya.

Tentera Islam menjadi kacau bilau. Sebahagian telah lari pulang ke Madinah, Usman bin 'Affan sendiri terikut juga. Para sahabat bergelimpangan ke bumi menemui ajalnya. Anak panah dan batu tidak putus putus menghujani tentera Islam yang berkumpul di sekitar Nabi; tiba-tiba Nabi dilontar oleh batu, sehingga luka parah dan patah giginya. Baju besi yang kena batu, pecah dan pecahannya menembus ke pipi Nabi. Abu Usman mencabut besi itu dari daging Nabi sehingga giginya pun patah pula.

Nabi terjatuh ke sebuah lubang yang agak dalam sehingga hilang dari pandangan orang ramai. Pasukan Quraisy lalu berteriak mengatakan, bahawa Muhammad sudah tewas. Ali dan Talhah segera menolong dan mengeluarkan Nabi dari dalam lubang itu. Umar, Abu Bakar dan Ali pun serentak menyerbu ke tengah tengah musuh seperti singa yang lapar . Maka tinggallah Nabi dilindungi oleh Abu Dujanah dan Abu Talhah saja. Badan Abu Dujanah penuh luka untuk menangkis segala serangan yang ditujukan kepada Nabi, sehingga kerana luka dan keletihan, dia pun meninggal. Seorang perempuan Ansar melihat Nabi tinggal seorang diri, lalu menyerbu ke medan peperangan dan menikam setiap musuh yang menuju ke arah Nabi, sehingga perempuan itu pun tewas pula. Perempuan itu Ummu 'Umarah namanya.

Dalam pada itu, suara musuh yang mengatakan Nabi sudah tewas itu, segera menjalar di medan pertempuran. Mendengar itu, Ali, Umar dan Abu Bakar bukan main terperanjatnya, sehingga semangat pertempurannya menjadi lemah kerananya. Melihat itu Anas bin Nadhir berkata kepada mereka:

"Kenapa kamu kecewa? Kalau betul Nabi sudah wafat, apa gunanya hidup ini bagimu? Ayuh! Mari kita bunuh musuh seramai mungkin sampai kita syahid pula sebagai Nabi sendiri!"

Sebagai teladan, dia segera melompat menerkam musuh. Dia rebah penuh dengan luka-luka sehingga tidak dapat dikenal lagi rupanya. Badan, muka dan jari-jarinya putus kena pedang musuh. Hanya saudara perempuannya saja yang dapat mengenal dia dalam keadaan yang demikian itu. Ali, Umar dan Abu Bakar menyusul berjuang mati-matian menetak musuh dengan pedangnya. Semangat tentera Islam hidup kembali.

Tiba tiba terdengar Ka'ab bin Malik berteriak mengatakan Nabi masih hidup , malah beliau pun sedang berjuang bermati-matian. Dari segala penjuru, tentera Islam segera menyerbu pergi ke tempat di mana Nabi berada. Nabi yang sedang terkepung dari segala penjuru, dapat mereka bela, sehingga terlepas dari bahaya besar. Mereka lalu merebut kembali celah bukit yang strategik dikuasai musuh itu. Dengan dapat merebut tempat itu, musuh dikepung di tengah-tengah. Tentangan pihak musuh dapat dipatahkan dan akhirnya mereka lari menyusup di lereng bukit Uhud, di mana terjadi pertempuran beberapa hari lamanya. Kerana sudah keletihan dan banyak terkorban, mereka lalu pulang kembali ke Makkah.

Dalam pertempuran itu, ummat Islam mengalami kekalahan, di mana tujuh puluh orang tewas. Sedang di pihak musuh hanya dua puluh tiga orang saja yang tewas. Sungguh mahal harganya strategi yang ditetapkan oleh Nabi kerana tentera Islam mengikari arahan Nabi Muhammad dan terpaksa membayar dengan tujuh puluh orang korban dan Nabi sendiri pun mendapat luka dan hampir saja menjadi korban.

Kekalahan besar itu menimbulkan keinsafan yang lebih dalam kepada tentera Islam. Keinsafan bahawa perintah Nabi jangan sampai dilanggar dan diabaikan. Dengan keinsafan inilah mereka meneruskan perang di hari-hari yang berikutnya, sehingga mendapat kemenangan yang gilang-gemilang.

Di pihak musyrikin Makkah pula, sehabis perang Uhud itu kekejaman mereka semakin bertambah juga. Jenazah-jenazah tentera Islam yang bergelimpangan di medan perang, mereka koyak-koyak dan hinakan. Dengan ramainya korban di kalangan orang-orang Islam dan sedikitnya korban di pihak mereka, mereka berasa bangga dan menyombongkan diri kerana menganggap tentera Islam akan dapat dikalahkan semuanya. Kesannya juga, orang Yahudi Madinah mula ingin bersahabat dan berbaik-baik dengan bangsa Quraisy untuk menyerang orang Islam. Ini sebenarnya telah melanggar janji yang sudah mereka tandatangani di hadapan Nabi sendiri dalam Piagam Madinah. Kaum munafik (yang bergabung dengan orang Islam, kerana takut dan lain alasan, bukan kerana keinsafan), makin terang-terang mengkhianati kaum Islam.

Guru guru Islam yang dikirim Nabi ke desa desa di pedalaman Arab tujuh puluh orang jumlahnya, hampir seluruhnya dibunuh oleh golongan Yahudi dan kaum munafik itu. Hal ini sangat menyedihkan Nabi.

WALLAHU A'LAM

Perang Di Dalam Islam


Perang Abwa' - 2 H/623 M (Tiada Pertempuran)  
Perang Buth - 2 H/623 M (Tiada Pertempuran) 
Perang Wadan- 2 H/623 M (Tiada Pertempuran)
Perang Badar Kubra - 17 Ramadhan 2 H/623 M (Terjadi Pertempuran Pertama) 
Perang Uhud - Syawal 3 H/624 M 
Perang Hamra Al-Asad - 3 H/624 M (Hamra Al Asad-13 kilometer dari Madinah) 
Perang Dzaqatur Riqa' - 4 H/625 M (Tidak berlaku pertempuran antara Rasullullah-Badwi) 
Perang Bani Asad - 4 H/625 M (Bani Asad dipimpin oleh Thulaihan Bin Khuwailid)  
Perang Badar Terakhir - 4 H/625 M (Tiada Pertempuran, Kaum Quraish kembali ke Mekah) 
Perang Daumatul Jandal - 4 H/625 M 
Perang al-Muraysi' - 5 H/626 M (Rasullulah Menikahi Juwairiyah Binti al-Harits, Saidatina Aisyah difitnah) 
Perang Ahzab@Khandaq - 5 H/626 M 
Perang Bani Quraizah - 5 H/626 M 
Perang Khaibar - 7 H/628 M 
Perang Mu'tah - 8 H/629 M 
Perang Dzatu Salasil - 8 H/629 M 
Perang Hunain - 8 H/629 M 
Perang Thaif - 8 H/629 M 
Perang Tabuk - 9 H/630 M 

Perang selepas kewafatan Rasullullah s.a.w 

Perang Melawan Orang Murtad
Perang Yamamah - 11 H/632 M
Permulaan Perang Yarmuk - 13 H/634 M 



0


Thursday, 19 January 2012

Doa Di Medan Perang

اللهم أنجزني ما وعدتني , اللهم آت ما وعدتني اللهم إن تهلك هذه العصابة لا تعبد

" Ya Allah! Wahai Tuhanku, tunaikanlah apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah! Wahai Tuhanku, kurniakanlah apa yang dijanjikan kepadaku. Ya Allah! Wahai Tuhanku, jika Engkau binasakan pasukan kecil ini maka Engkau tidak akan disembah lagi di bumi selepas ini "

Bila ???


Insyallah suatu hari nanti... Bersiap sedia wahai umat Muhammad s.a.w sekalian. . .
ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!!

Imam Hasan Basri


‎"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."


Bismillah ir - Rahman ir - Rahim


Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya..

Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-
 1. Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
 2. Apakah yang dinamakan takdir
 3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api,
tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)
Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!
Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.
Imam : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.
Imam : Itulah yang dinamakan takdir.
Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan…

Wallahu'alam