Sesungguhnya orang yang pertama kali disoal pada hari kiamat ialah seseorang yang mati syahid. Dia akan dihadapkan kepada Allah, maka Allah memperlihatkan-NYA dan dia pun mengenal kenikmatan itu.
Allah bertanya : Keranan apa engkau berbuat demikian?
Dia menjawab : Aku berperang kerana Engkau hingga mati syahid.
Allah berfirman : Kamu dusta! kamu berperang kerana ingin disebut sebagai pahlawan.
Maka Allah memerintahkan malaikat mengheretnya dan memasukan orang itu ke dalam neraka.
Selepas itu orang yang mengajar ilmu serta dan mengajar Al- Quran dihadapkan kepada Allah. Maka Allah memperlihatkan kenikmatan-NYA dan dia pun mengenal kenikmatan itu.
Allah bertanya : Kerana apa engkau berbuat demikian?
Dia menjawab : Aku belajar dan mengajar serta membaca Al Quran kerana Engkau.
Allah berfirman : Kamu dusta! kamu belajar dan mengajar kerana mahu disebut sebagai Ulama dan membaca Al Quran kerana mahu disebut sebagai Qari.
Maka Allah memerintahkan malaikat mengheret orang itu ke neraka. Yang terakhir orang yang kaya dihadapkan kepada Allah dan Allah memperlihatkan kenikmatan-NYA. Dia pun mengenal kenikmatan itu.
Allah bertanya : Kerana apa engkau berbuat demikian?
Dia menjawab : Aku tidak meninggalkan satu jalan pun melainkan aku berbelanja di jalan MU.
Allah berfirman : Kamu dusta! Kamu berbuat itu kerana ingin disebut sebagai dermawan.
Maka Allah memrintahkan malaikat mengheret orang itu ke dalam Neraka.
( Hadis Riwayat Imam Muslim )
No comments:
Post a Comment