Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Yang mengetahui segala gerak-geri, Perilaku kita, Tutur kata & bahasa kita sama ada terang atau tersembunyi. Samada yang hidup atau yang mati adalah dalam kekuasaan ALLAH dalam semua keadaan yang bagi diri tidak ada langsung kelebihan dan kekuasaan hinggakan pernafasan yang digunakan selama ini adalah milik mutlak ALLAH S.W.T. Kesimpulannya apa saja yang ada pada diriku sebagai Insan yang sebaik-baik ciptaan ALLAH ini adalah pemberian ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani....
Maka dengan demikian fahamlah aku bahawa apa yang ku miliki selama ini hinggakan sehelai bulu roma yang terlekat pada tubuhku adalah hak ALLAH sebagai BARANG AMANAH yang dipinjamkan dan pada bila-bila masa sahaja boleh diambil dan dicabut oleh ALLAH kerana semuanya itu adalah Milik MUTLAK bagi ALLAH seperti ditarik nikmat Pendengaran "Maka Pekaklah kita" dan ditarik nikmat Pemandangan "Maka Butalah kita" dan akhirnya Roh yang paling Berharga dan Bernilai bagi kita diambil atau ditarik oleh ALLAH. Maka tinggal kakulah Jasad kita yang selama ini kita puja hingga seekor nyamuk pun tidak berani menggigit tubuh kita.
Tetapi akhirnya berkecailah jasad kita itu dibaham oleh Kala Jengking, Cacing dan Ulat yang paling ganas. "Sebaliknya Berbahagialah Roh dan Jasad-Jasad" yang semasa hidupnya TUNAI segala JANJI samada JANJI dengan ALLAH atau sesama insan samada dengan keluarga Sedarah atau Adik Beradik dalam jemaah dan Amal Ma'ruff Nahi Mungkar membuat kebaikan serta menyeru ke jalan Kebaikan dan dalam hidupnya tidak ada permusuhan kecuali dengan Musuh-musuh ALLAH S.W.T
Untuk melaksanakan salah satu dari perintah ALLAH yang menjadi kewajipan serta tanggungjawab sebagai hamba ALLAH juga sebagai Perintis dalam perjuangan yang di Amanahkan. "AMAR MA'RUFF NAHI MUNGKAR" khusus bagi seorang Muslim yang turut serta dalam jemaah ini yang tidak pernah dipaksa.
AMIN YA RABBALALAMIN
Dan akhirnya dipohon untuk kita saling mengingati khusus bagi diri sendiri berkenaan Peringatan RASULULLAH S.A.W dalam Hadisnya yang bermaksud :-
"SEMUA KITA ADALAH SEBAGAI PENGEMBALA ATAU PUN ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB. SEGALA TANGGUNGJAWAB ITU AKAN DISOAL DAN AKAN DIBICARAKAN DI ALAM AKHIRAT DI HADAPAN TUHAN ROBBOLJALIL KELAK. DI SANA NANTI TIDAK ADA PEGUAM UNTUK MEMBELA KITA, SEBALIKNYA SEMUA ANGGOTA : TANGAN, KAKI, MATA, TELINGA DAN SEMUA ANGGOTA AKAN MENCERITAKAN SATU PERSATU APA YANG DILAKUKAN DI ALAM DUNIA INI. AKHIRNYA MULUT AKAN MENCERITAKAN TIDAK LARI WALAUPUN SATU PERKATAAN DAN TIDAK JATUH SATU LANGKAH DAN GERAK HATI SESEPI MANA PUN"
WALLAHU'ALAM
No comments:
Post a Comment