Thursday, 19 January 2012

Doa Di Medan Perang

اللهم أنجزني ما وعدتني , اللهم آت ما وعدتني اللهم إن تهلك هذه العصابة لا تعبد

" Ya Allah! Wahai Tuhanku, tunaikanlah apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah! Wahai Tuhanku, kurniakanlah apa yang dijanjikan kepadaku. Ya Allah! Wahai Tuhanku, jika Engkau binasakan pasukan kecil ini maka Engkau tidak akan disembah lagi di bumi selepas ini "

Bila ???


Insyallah suatu hari nanti... Bersiap sedia wahai umat Muhammad s.a.w sekalian. . .
ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!!

Imam Hasan Basri


‎"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."


Bismillah ir - Rahman ir - Rahim


Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya..

Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-
 1. Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
 2. Apakah yang dinamakan takdir
 3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api,
tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)
Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!
Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.
Imam : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.
Imam : Itulah yang dinamakan takdir.
Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan…

Wallahu'alam


Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.
( Al-Fath 48:10 )

Rukun 30

- Mendaulatkan hukum hukum Allah di atas muka bumi Allah ini

- Menjadikan Islam sebagai cara hidup ( Dinul Hayah )

- Menegakkan sebuah negara Islam atas Kalimah LAA ILAHA ILLALLAH

- Pengorbanan Harta, Tenaga, Diri dan Nyawa untuk Islam ( Fi-Sabilillah )

- Mahabbah sesama ahli ( Hablum Minan Nass )

- Mengamalkan Akhlak Islam ( Akhlaqul Karimah )

- Amar Ma'ruf Nahi Munkar

- Memerdekakan Tanahair, Bangsa dan Fikrah dari penjajahan alaf lama dan baru

- Pengorbanan untuk Ikhwan ( Adik Beradik ) dan Negara

- Taat kepada kepimpinan yang berlandaskan Islam

- BerAqidah, Berilmu dan Beramal

- Menjauhkan diri daripada perkara perkara Munkar

- Mendekatkan diri kepada perkara perkara Ma'aruf

- Beribadah dan bertaqwa kepada Alla s.w.t

- Menghampirkan diri dengan Allah s.w.t

- Berikhtiar, Berusaha dan Berdoa

- Mengamalkan sifat sifat Mahmudah ( Sifat Terpuji )

- Menjauhi sifat sifat Mazmumah ( Sifat Keji )

- Model Islam sebagai Pimpinan

- Segala musuh Allah iaitu kafir, musyrik, munafik dan fasiq adalah musuh diri jua

- Berani, Berhikmah, Setia dan Berahsia

- Bersifat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

- Bergerak secara sulit mengikut matlamat

- Bertindak mengikut jiwa bukan mengikut nafsu

- Sentiasa berwaspada terhadap musuh

- Pemaaf dan pemohon maaf

- Berjiwa besar dan bersatu dalam mencapai matlamat serta tindakan

- Al Quran dan Hadis landasan perjuangan

- Tidak derhaka, tipu, belot dan khianat terhadap perjuangan

- Menghormati Paduka Ayahanda, Para Ayahanda, Para Kekanda serta kasih sayang terhadap kesemuanya

Wallahu'alam




Wednesday, 18 January 2012

Allah Maha Mengetahui apa yang kita kerjakan !!!

Sesungguhnya orang yang pertama kali disoal pada hari kiamat ialah seseorang yang mati syahid. Dia akan dihadapkan kepada Allah, maka Allah memperlihatkan-NYA dan dia pun mengenal kenikmatan itu. 

Allah bertanya : Keranan apa engkau berbuat demikian?

Dia menjawab : Aku berperang kerana Engkau hingga mati syahid.

Allah berfirman : Kamu dusta! kamu berperang kerana ingin disebut sebagai pahlawan.

Maka Allah memerintahkan malaikat mengheretnya dan memasukan orang itu ke dalam neraka. 
Selepas itu orang yang mengajar ilmu serta dan mengajar Al- Quran dihadapkan kepada Allah. Maka Allah memperlihatkan kenikmatan-NYA dan dia pun mengenal kenikmatan itu.

Allah bertanya : Kerana apa engkau berbuat demikian?

Dia menjawab : Aku belajar dan mengajar serta membaca Al Quran kerana Engkau.

Allah berfirman : Kamu dusta! kamu belajar dan mengajar kerana mahu disebut sebagai Ulama dan membaca Al Quran kerana mahu disebut sebagai Qari.

Maka Allah memerintahkan malaikat mengheret orang itu ke neraka. Yang terakhir orang yang kaya dihadapkan kepada Allah dan Allah memperlihatkan kenikmatan-NYA. Dia pun mengenal kenikmatan itu.

Allah bertanya : Kerana apa engkau berbuat demikian?

Dia menjawab : Aku tidak meninggalkan satu jalan pun melainkan aku berbelanja di jalan MU.

Allah berfirman : Kamu dusta! Kamu berbuat itu kerana ingin disebut sebagai dermawan.

Maka Allah memrintahkan malaikat mengheret orang itu ke dalam Neraka.

( Hadis Riwayat Imam Muslim )

Tuesday, 17 January 2012



UNTUK BARISAN PEJUANG ISLAM SEJATI
TERUSKAN BERJUANG SAHABAT SEKALIAN
SEMOGA DILINDUNGI ALLAH S.W.T
ALLAHUAKBAR !!! ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!!

Perjuangan Yang Belum Selesai !!!

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Yang mengetahui segala gerak-geri, Perilaku kita, Tutur kata & bahasa kita sama ada terang atau tersembunyi. Samada yang hidup atau yang mati adalah dalam kekuasaan ALLAH dalam semua keadaan yang bagi diri tidak ada langsung kelebihan dan kekuasaan hinggakan pernafasan yang digunakan selama ini adalah milik mutlak ALLAH S.W.T. Kesimpulannya apa saja yang ada pada diriku sebagai Insan yang sebaik-baik ciptaan ALLAH ini adalah pemberian ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani....

Maka dengan demikian fahamlah aku bahawa apa yang ku miliki selama ini hinggakan sehelai bulu roma yang terlekat pada tubuhku adalah hak ALLAH sebagai BARANG AMANAH yang dipinjamkan dan pada bila-bila masa sahaja boleh diambil dan dicabut oleh ALLAH kerana semuanya itu adalah Milik MUTLAK bagi ALLAH seperti ditarik nikmat Pendengaran "Maka Pekaklah kita" dan ditarik nikmat Pemandangan "Maka Butalah kita" dan akhirnya Roh yang paling Berharga dan Bernilai bagi kita diambil atau ditarik oleh ALLAH. Maka tinggal kakulah Jasad kita yang selama ini kita puja hingga seekor nyamuk pun tidak berani menggigit tubuh kita.

Tetapi akhirnya berkecailah jasad kita itu dibaham oleh Kala Jengking, Cacing dan Ulat yang paling ganas. "Sebaliknya Berbahagialah Roh dan Jasad-Jasad" yang semasa hidupnya TUNAI segala JANJI samada JANJI dengan ALLAH atau sesama insan samada dengan keluarga Sedarah atau Adik Beradik dalam jemaah dan Amal Ma'ruff Nahi Mungkar membuat kebaikan serta menyeru ke jalan Kebaikan dan dalam hidupnya tidak ada permusuhan kecuali dengan Musuh-musuh ALLAH S.W.T

Untuk melaksanakan salah satu dari perintah ALLAH yang menjadi kewajipan serta tanggungjawab sebagai hamba ALLAH juga sebagai Perintis dalam perjuangan yang di Amanahkan. "AMAR MA'RUFF NAHI MUNGKAR"  khusus bagi seorang Muslim yang turut serta dalam jemaah ini yang tidak pernah dipaksa.

AMIN YA RABBALALAMIN

Dan akhirnya dipohon untuk kita saling mengingati khusus bagi diri sendiri berkenaan Peringatan RASULULLAH S.A.W dalam Hadisnya yang bermaksud :-

"SEMUA KITA ADALAH SEBAGAI PENGEMBALA ATAU PUN ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB. SEGALA TANGGUNGJAWAB ITU AKAN DISOAL DAN AKAN DIBICARAKAN DI ALAM AKHIRAT DI HADAPAN TUHAN ROBBOLJALIL KELAK. DI SANA NANTI TIDAK ADA PEGUAM UNTUK MEMBELA KITA, SEBALIKNYA SEMUA ANGGOTA : TANGAN, KAKI, MATA, TELINGA DAN SEMUA ANGGOTA AKAN MENCERITAKAN SATU PERSATU APA YANG DILAKUKAN DI ALAM DUNIA INI. AKHIRNYA MULUT AKAN MENCERITAKAN TIDAK LARI WALAUPUN SATU PERKATAAN DAN TIDAK JATUH SATU LANGKAH DAN GERAK HATI SESEPI MANA PUN"

WALLAHU'ALAM